puasa

Bismillahhirrahmannirrahim
Assalamualaikum

PUASA


ramadhan tiba^
ramadhan tiba^

cue music

Ramadhan tiba sekali setahun dan kehadirannya dinantikan oleh seluruh umat islam.
Hal ini kerana manusia berebut untuk top-up pahala dan amal ibadah mereka. Bulan ini syaitan dan iblis diikat oleh Allah di neraka dan pintu syurgaNya terbuka. Bulan ini juga dikatakan dapat menyucikan diri seseorang sekiranya dia menghendakinya,kerana kita harus menjaga segala perlakuan dan pertuturan kita dari segala maksiat di samping menahan lapar dan dahaga dari terbitnya fajar sehinggalah terbenamnya matahari...

Apalah sangat menahan lapar selama sebulan berbanding mereka yang sudah terbiasa hidup begitu daif dan serba kekurangan...
Bagaimana jika nikmat makanan kita ditarik ALLAH? Adakah kita sanggup? Atau sebaliknya?

Apa yang menariknya tentang RaMaDhAn? Yalah selain bazaar makanan dan solat terawikh dan bunga api yang sentiasa memeranjatkan jemaah?

Pengajaran, hati dan malam lailatul Qadar

Pengajaran?
ya...

Berpuasa mengajar kita untuk sentiasa bersyukur akan nikmatNya, tidak membazir
merasa kesusahan orang yang terpaksa berlapar setiap hari,  sentiasa membantu mereka yang berada dalam kesusahan, berkenal kenalan dan sifat persaudaraan yang terbina ketika selesai solat sunat tarawikh semasa kita bersalaman dengan orang sebelah.

Hati?
ya...

Apabila berpuasa kita dianjurkan supaya sentiasa mendidik hati kita memulai semua perkara dengan niat: niat untuk berpuasa keesokan harinya,solat
doa: sentiasa berdoa lebih-lebih lagi selepas berbuka
hati: supaya sentiasa mengharapkan yang terbaik, husnuzon dan memaafkan mereka yang menyakiti kita

Apabila hati sudah terang, tiada mungkin ada perasaan hasad dengki,dendam dan niat buruk...

Malam lailatul Qadar?
Akhir sekali,malam yang dinantikan setiap orang. Malam yang lebih baik daripada seribu bulan.
Berdoalah pada yang Maha Esa supaya mengampunkan dosa kita dan muslimin dan muslimat di dunia dan yang sudah meninggalkan kita.
Aisha, may Allah be pleased with her, said: I asked the Messenger of Allah: 'O Messenger of Allah, if I know what night is the night of Qadr, what should I say during it?' He said: 'Say: O Allah, You are pardoning and You love to pardon, so pardon me.' "(Ahmad, Ibn Majah, and Tirmidhi).
The transliteration of this Doa is "Allahumma innaka `afuwwun tuhibbul `afwa fa`fu `annee"

Iktiqaf di masjid,qiamullail,membaca al-quran,berzikir,mengingati Allah ,bangun untuk solat taubat,tahajjud dan hajat,sedekah
Wallahualam. Seseungguhnya ALLAH Maha Mengetahui.
Akhir kalam, Selamat Berpuasa Pada Semua

Comments

Popular Posts