Perpisahan

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum ,

Perpisahan. 

Perpisahan boleh jadi suatu perkara yang menyakitkan boleh jadi juga sesuatu yang membawa kebaikan. 

Perpisahan...
Awalnya berlaku semasa kita dalam rahim ibu kita, ketika kita lahir ke dunia.
Dalam setiap peringkat kehidupan kita akan bertemu dan berpisah akhirnya,dan daripada pengalaman kita dengan setiap orang membentuk siapa kita hari ini..
Sewaktu kita di peringkat sekolah rendah dan menengah, perpisahan itu dirasakan seperti angin yang menghembus, terasa namun buat seketika waktu..
Bila di universiti lain pula ceritanya,kerana ada di antara kita yang telah duduk sebilik atau serumah selama bertahun. Rapat pula sehingga dianggap keluarga..
Di tempat kerja pula,dirasakan kehilangan kerana pekerja itu berdedikasi atau kita merasa sudah selesa dengan lingkungan rakan yang memahami dan sedia untuk bekerjasama.

Wallahualam,Allah sahaja yang mengetahui.
Bak kata seorang ahli keluarga saya, manusia ini tidak pernah statik,akan sentiasa bergerak kecualilah dia sudah meninggal.

Akhir kata,jangan terlalu bersedih akan setiap perpisahan kerana patah tumbuh hilang berganti.

Peace out,
writer.


Comments

Popular Posts