KISAH Pelajar Tahun Satu Biologi Marin

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum awak, hi, vanakkam, ni hao ma.

Memandangkan saya tengah cuti semester 1, terhasillah idea untuk berkongsi naik turun kehidupan yang telah saya lalui pada semester 1. Boleh diperhatikan blog pelajar degree kebiasaannya berkongsi subjek yang mereka ambil tetapi hanyalah secara general. Boleh sahaja sekiranya saya berkongsi subjek yang akan diambil oleh pelajar pada semester 1 seperti Kaedah Instrumentasi Akuatik tetapi kesian pada junior yang akan mengambil, apa yang mereka tahu  setakat nama subjek itu,kan?

Baiklah, mari kita mulakan.

Terdapat 6 subjek yang pelajar akan ambil . Subjek dibahagikan kepada 3, Kursus teras Universiti, Kursus teras Ijiazah dan Kursus Elektif .

Kursus teras Universiti ialah Tamadun Islam dan Tamadun Asia dan Hubungan Etnik.
Kursus Teras Ijiazah pula ialah Kaedah Instrumentasi Akuatik, Botani Akuatik, Pengenalan Sains Samudera, Mikrobiologi.
Kursus seterusnya adalah kokurikulum baik 1,2 atau 3 jam kredit.  Bagi pelajar Bio-M(Biologi marin) seeloknya mengambil kursus renang dan keselamatan air memandangkan kita ada kerja lapangan semasa semester 3.



Comments

Popular Posts