MASA
Assalamualaikum and bismillah,
Semoga kita akan lebih menghargai masa kerana yang pasti itu adalah kematian.Cuma bila sahaja menjadi persoalannya.Kita ini adalah pengembara. Di dunia adalah tempat untuk kita mencari bekalan untuk perjalanan ke akhirat sana....Memang senang untuk kita melupakan bahawa kita hanyalah meminjam kesenangan dan kekayaan ALLAH,apalah daya kita sebagai seorang manusia yang mempunyai nafsu dan keinginan sehinggakan kita terlupa ada peneman di sebelah kiri dan kanan kita iaitu malaikat raqid dan atid.Ya ALLAH,ampunilah dosaku dan dosa orang muslimin dan muslimat yang masih hidup mahupun sudah meninggalkan dunia ini.AMIN
Akhir kata,hiasilah kehidupan kita dengan sentiasa beribadah kepadaNya dan nikmati kehidupan bersama yang tersayang.Jangan sampai mereka sudah tiada barulah kita sedar dan menangisi saat-saat terakhir bersama mereka.
Kadang__kadang terasa begitu cepat masa berlalu.Memang benar pepatah yang mengatakan bahawa masa itu emas. Dan bahawasanya rugi orang yang tidak memanfaatkannya. Saat berganti minit,minit pula berganti jam,jam berganti hari,dan kemudiannya berganti bulan dan tanpa kita sedar sudah tahun berlalu.
Adakah kita orang yang rugi ataupun sebaliknya? Renungkan seketika.... Adakah kita menghabiskan masa berjam-jam membuka media sosial seperti instagram,facebook,twitter?
GET A LIFE,PEOPLE!
Ya terkena batang hidung juga kerana saya adalah salah seorang daripada golongan itu.
Sekadar mengingat antara satu sama lain.
Demi masa!
SESUNGGUHNYA MANUSIA KERUGIAN.
Melainkan yang beriman dan beramal soleh
Demi masa!
Melainkan nasihat kepada kebenaran dan kesabaran
-RAIHAN(Demi Masa)Semoga kita akan lebih menghargai masa kerana yang pasti itu adalah kematian.Cuma bila sahaja menjadi persoalannya.Kita ini adalah pengembara. Di dunia adalah tempat untuk kita mencari bekalan untuk perjalanan ke akhirat sana....Memang senang untuk kita melupakan bahawa kita hanyalah meminjam kesenangan dan kekayaan ALLAH,apalah daya kita sebagai seorang manusia yang mempunyai nafsu dan keinginan sehinggakan kita terlupa ada peneman di sebelah kiri dan kanan kita iaitu malaikat raqid dan atid.Ya ALLAH,ampunilah dosaku dan dosa orang muslimin dan muslimat yang masih hidup mahupun sudah meninggalkan dunia ini.AMIN
Akhir kata,hiasilah kehidupan kita dengan sentiasa beribadah kepadaNya dan nikmati kehidupan bersama yang tersayang.Jangan sampai mereka sudah tiada barulah kita sedar dan menangisi saat-saat terakhir bersama mereka.
Comments
Post a Comment